Apa Yang Dilalui Hasilkan Pengalaman bermakna...
Apa Yang Dilalui Hasilkan Pengalaman bermakna...
Jika tidak merasai sendiri hanya dengan percakapan orang serta pengalaman orang lain ia sukar di hayati , tetapi apa jua aktiviti yang dilalui daripada apa yang didengari menjadikan satu pengalaman yang amat bermakna dalam diri setiap individu, ia akan menjadi pengalaman yang amat bermakna dalam kita mendewasakan diri.
Terbukti dengan aktiviti pada 19 Julai 2014, menjadikan satu pengalaman yang menjadi satu bermakna apabila aku dapat hadir dan bertugas dalam Program Bubur Lambuk Amal Media bersama TNB.
Pada mula merasakan ia hanya untuk meramaikan majlis atau program tetapi gotong royong memasak bubur lambuk terhasil satu kenangan dan pengalaman mengendalikan masak bubur lambuk walaupun setakat mengacau bahan dlam periuk menuang bubur dan menampal sticker pada bekas ubtuk agihan bubur lambuk tetapi ia amat bermakna...
Hasil pengalaman untuk dikongsi dan sebagai catitan untuk diri sendiri, apa jua pengalaman jika dapat dicatit menjadi satu cerita untuk kegunaan atau rujukan mereka yang memerlukan dan catitan kita dapat dirujuk silang di kemudian hari
Gambar gambar menceritakan apa yang berlaku...:
Comments
Post a Comment