2012...Satu Kenangan dan Kejayaan...
2012 hanya berbaki beberapa hari sahaja lahun yang banyak memberi aku kenangan dan kejayaan dalam kerjaya di TNB mahu pun penglibatan dalam Pengadil Badminton serta satu pencapaian yang terbaik aku dalam membentuk keluarga kerana 2012 boleh dianggap tahun yang "Double Joy" dalam kehidupan bekerja dan berkeluarga.
Bermula Januari aku di kejutkan oleh keluarga sendiri dengan sambutan hari lahir yang diatur oleh isteri dan anak-anakku dengan menyediakan Kek pada taneggal 14.1.2012...sunguh tekejut dengan pengharagaan yang ditunjukkan oleh mereka.
Kemudian dalam bulan Feb 2012, aku mendapat berita rumah yang aku beli di bandar putera 2, telah siap untuk didiami dan any time boleh mengambil kunci...kegembiraan begitu teuja dan ketara sekali keranan ia secara langsung menamatkan kehidupan menyewa selama 16 tahun di Taman Ampang Hilir.
Akhirnya pada 31 Mac 2012 aku mengadakan majlis kesyukuran di kediaman baru dengan kehadiran jiran tetangga serta ibu dan ayahku dari Terengganu turut hadir sama meraikan majlis kesyukuran ini. Majlis dimulakan dgn solat hajat,bacaan yassin, tahlil dan doa selamat oleh kumpulan Tahfiz AlQuran.
Sekitar bulan April aku pula menerima keputusan IRCA dimana aku telah lulus ujian tesebut merupakan satu pencapaian yang agak tinggi bagi diriku dalam Juruaudit ISO 9001:2008...alhamdulillah.
Bermula Januari aku di kejutkan oleh keluarga sendiri dengan sambutan hari lahir yang diatur oleh isteri dan anak-anakku dengan menyediakan Kek pada taneggal 14.1.2012...sunguh tekejut dengan pengharagaan yang ditunjukkan oleh mereka.
Akhirnya pada 31 Mac 2012 aku mengadakan majlis kesyukuran di kediaman baru dengan kehadiran jiran tetangga serta ibu dan ayahku dari Terengganu turut hadir sama meraikan majlis kesyukuran ini. Majlis dimulakan dgn solat hajat,bacaan yassin, tahlil dan doa selamat oleh kumpulan Tahfiz AlQuran.
![]() |
Kediaman di Bandar Putera 2, Klang |
Sekitar bulan April aku pula menerima keputusan IRCA dimana aku telah lulus ujian tesebut merupakan satu pencapaian yang agak tinggi bagi diriku dalam Juruaudit ISO 9001:2008...alhamdulillah.
![]() |
Best Participant Award ISO 9001:2008_ Lead Auditor ISO |
Pelbagai Selebriti dan VVIP yang berpeluang untuk dikenali
Comments
Post a Comment